AlamKita

22 March 2010

Hari Air Sedunia 2010

Filed under: Acara Tahunan — Tags: , , , — alamkita @ 12:00 AM

Hari Air Sedunia disambut setiap tahun pada 22 Mac.

Hari Air Sedunia dicadangkan di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan pembangunan (UNCED) pada tahun 1992. Tahun berikutnya, Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 22 March 1993 sebagai Hari Air Sedunia yang pertama.

Hari Air Sedunia 2010

Tema: Kualiti Air
Slogan: "Air Bersih Untuk Kesihatan Sejagat"

Dikoordinasikan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  (UNEP). Identiti kempen visual dan komunikasi oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bahagian Air.

Kempen itu bertujuan meningkatkan profil dan kesedaran mengenai kualiti air pada peringkat politik supaya isu air diberi keutamaan selaras dengan isu kuantiti air.

Senarai Acara Sambutan

Acara: Bukit Larut Clean Up
Penganjur: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) & Forum Air Malaysia
Tarikh: 20 March 2010
Lokasi: Bukit Larut, Taiping, Malaysia
E-mel: piara@wecam.org.my
Laman Web: www.bukitlarut.com.my

Acara: Pertandingan Mewarna sempena Hari Air Sedunia
Penganjur: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) & FOMCA
Tarikh: 21 March 2010
Lokasi: Taiping, Malaysia
E-mel: piara@wecam.org.my
Laman Web: www.bukitlarut.com.my

Acara: Walk for Water
Penganjur: IRANIAN Student Association (ISS-IRAN-UTM)
Tarikh: 22 March 2010
Masa: 10AM
Lokasi: Universiti Teknologi Malaysia
E-mel: ISS-IRAN-UTM@isautm.com
Laman Web: www.isautm.com

Pautan

Laman Rasmi United Nations World Water Day
www.unwater.org/worldwaterday

Laman Rasmi Hari Air Sedunia 2010
www.worldwaterday2010.info/

Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM)
www.wecam.org.my

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment

Powered by WordPress