Senarai
Pusat Kitar Semula Telefon Bimbit Terpakai
Sekiranya anda mempunyai senarai Pusat Kitar Semula di Kuala Lumpur atau mana-mana negeri, sila tuliskan di ruangan komen atau emel kami di mail@alamkita.org.
Terima kasih!
Pusat Kitar Semula Telefon Bimbit Terpakai
Terima kasih!
Sumber: Wikipedia
Pelbagai usaha boleh dilakukan sebagai individu dan salah satu amalan yang boleh kita lakukan untuk menjadikan bumi kita, dan Malaysia khususnya adalah Kitar Semula. Tapi apakah “Kitar Semula”?
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Kitar Semula membawa maksud:
Kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dapat digunakan kembali.
Kitar Semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian dan diguna atau diproses dengan menghasilkan satu produk baru untuk menghindari pembaziran bahan yang masih boleh diguna, mengurangkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran) dan air (daripada pemendaman tapak pembuangan sampah) dengan mengurangkan pembuangan bahan lazim dan mengurangkan gas kesan rumah hijau, berbanding dengan proses panghasilan produk menggunakan bahan asas.
Kitar Semula adalah satu proses yang melibatkan kesedaran dan dedikasi untuk meningkatkan tempoh hayat dan kegunaan satu barang yang mana sudah tidak berguna setelah kegunaan asal barangan tersebut dipakai.
Kitar Semula adalah satu komponen daripada pengurusan bahan buangan moden dan juga elemen ketiga daripada carta buangan 3R; "Reduce, Reuse, Recycle".
Bahan yang boleh dikitar semula termasuk pelbagai jenis kaca (botol-botol kaca), kertas (majalah, surat khabar), logam (tin minuman), plastik (botol atau bekas plastik), tekstil dan barangan elektronik. Walaupun hasilnya sama, tetapi kompos atau proses guna semula bahan buangan biodegrasi seperti makanan atau bahan buangan berkebun adalah bukan dikategorikan kitar semula.
Bahan-bahan yang akan dikitar semula samada dihantar ke Pusat Kitar Semula oleh pengguna atau dipungut oleh pihak Pusat Kitar Semula di kawasan yang tertentu mempunyai perkhidmatan tong sampah kita semula.
Sebagai contoh, apabila anda minum air tin minuman, tin tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Mereka akan membuang tin tersebut ke dalam tong sampah di mana semua buangan itu akan berakhir di tapak pembuangan sampah. Disebabkan tin itu adalah tin aluminium dan lebih malangnya tin itu akan berada di tapak buangan untuk satu jangka masa yang agak lama.
Untuk proses kitar semula, kita akan membuang tin tersebut ke dalam tong sampah kitar semula. Tong sampah ini seperti tong sampah yang biasa, cuma mempunyai simbol Kitar Semula.

Flickr: risky ridzkee
Dan jika tin tersebut dihantar ke Pusat Kitar Semula, tin tersebut akan diproses dan dijadikan sesuatu yang lain, kemungkinan sebagai kereta, kerusi, meja atau pun tin kembali. Proses ini akan berulang-ulang untuk tujuan yang baik.
Powered by WordPress