Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Earth Hour 2010
Earth Hour 2010 akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 8:30 malam, waktu tempatan.
Senarai Turut Serta
Antara yang turut serta Earth Hour 2010 di Malaysia:
Hari Air Sedunia disambut setiap tahun pada 22 Mac.
Hari Air Sedunia dicadangkan di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan pembangunan (UNCED) pada tahun 1992. Tahun berikutnya, Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 22 March 1993 sebagai Hari Air Sedunia yang pertama.
Hari Air Sedunia 2010
Tema: Kualiti Air
Slogan: "Air Bersih Untuk Kesihatan Sejagat"
Dikoordinasikan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP). Identiti kempen visual dan komunikasi oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bahagian Air.
Kempen itu bertujuan meningkatkan profil dan kesedaran mengenai kualiti air pada peringkat politik supaya isu air diberi keutamaan selaras dengan isu kuantiti air.
Senarai Acara Sambutan
Acara: Bukit Larut Clean Up
Penganjur: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) & Forum Air Malaysia
Tarikh: 20 March 2010
Lokasi: Bukit Larut, Taiping, Malaysia
E-mel: piara@wecam.org.my
Laman Web: www.bukitlarut.com.my
Acara: Pertandingan Mewarna sempena Hari Air Sedunia
Penganjur: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) & FOMCA
Tarikh: 21 March 2010
Lokasi: Taiping, Malaysia
E-mel: piara@wecam.org.my
Laman Web: www.bukitlarut.com.my
Acara: Walk for Water
Penganjur: IRANIAN Student Association (ISS-IRAN-UTM)
Tarikh: 22 March 2010
Masa: 10AM
Lokasi: Universiti Teknologi Malaysia
E-mel: ISS-IRAN-UTM@isautm.com
Laman Web: www.isautm.com